Tuesday 8 November 2011

liga ilmu...



penah x bljr ttg nusyuz???
kn dlm islam de soal nusyuz suami n nusyuz isteri.....
kt cni manis nk share smthg ttg isu nusyuz nie.....
jom bace........

isu:
Seorang isteri yang sah adalah berhak mendapat nafkah daripada suaminya selagi isteri itu tidak nusyuz dan peruntukan-peruntukan statutori dalam perundangan moden mencerminkan keadaan ini.

jawapan:
Merujuk buku Undang-Undang Keluarga Di Malaysia karya Mimi Kamariah Majid di muka surat 166 yang menyatakan bahawa menurut Seksyen 3(1) Akta 1950,si lelaki boleh diperintah membayar nafkah dalam kadar yang bersesuai  dengan kemampuannya atau yang mahkamah anggap munasabah.Mahkamah akan lazimnya memberi pertimbangan  kepada jumlah gaji suami,jenis pekerjaannya,tanggungjawabnya dan sebagainya.Contoh kes,Raquiza lwn. Raquiza.Adalah tanggungjawab suami di bawah common law untuk memberi nafkah kepada isteri dan beban terletak di atas suami untuk membuktikan alasan mengapa tanggangungjawab ini tidak perlu dipikul olehnya.Alasan ini boleh jadi isteri melakukan adultery dan boleh jadi isteri enggan pulang kepada suami walaupun suami telah mempelawanya supaya pulang.Dengan itu,walaupun isteri ada duitnya sendiri,tanggungjawab suami masih tetap berjalan.Apabila sepasang suami isteri tidak mempunyai anak,nafkah untuk isteri lazimnya ialah satu pertiga pendapatan bersama mereka.Pecahan ini tidak semestinya dikuatkuasa secara ketat dan perlu berlandaskan keadaan kes masing-masing.Dalam kes ini,kedua-dua suami dan isteri perlu menanggung ayah dan ibu masing-masing.Jadi,dengan gaji suami sebanyak RM280 sebulan dan gaji isteri sebanyak RM 260,jika mahkamah memerintahkan satu pertiga pendapatan bersama dibayar kepada isteri,suami dan ibu bapanya mungkin teraniaya.Oleh itu,jumlah RM30 diperintah setelah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

No comments:

Post a Comment