Tuesday 8 November 2011

nusyuz


isu:
Menurut hukum syara’ dan pengesahan Mahkamah,seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia 
nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya

jawapan:
Merujuk buku Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di muka surat 126.Menurut Seksyen 60(2) Enakmen Keluarga Islam ada menyatakan bahawa tertakluk kepada hukum syarak dan pengesahan mahkamah,seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya,iaitu,antara lain:

(a)    apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;
(b)   apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya;atau
(c)    apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain,
tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut hukum syarak

No comments:

Post a Comment